Sunday, January 14, 2018

Program Assessment Center PAC Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD (Part UKJK)

Okay, hari ni nak cerita pasal pengalaman menghadiri Assessment Center PAC PTD.

Lokasi : INTENGAH.

PAC PTD tahun 2016 ni diadakan selama 2 hari. Ini jadualnya.



Hari pertama, aktivitinya ialah menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Sebelum tu ada saringan kesihatan dan calon perlu dapat green light dari pegawai kesihatan yang bertugas. Sekiranya tekanan darah atau pulse rate anda tinggi, kemungkinan besar anda tidak akan dibenarkan untuk menjalani UKJK. Ini aspek-aspek yang akan diuji dalam UKJK.


So selepas lulus ujian saringan kesihatan anda boleh mula menjalani UKJK. Setiap penilaian ni akan ada pemarkahan. Kat bawah ni ada ringkasan pemarkahan untuk setiap aktiviti yang bakal diuji.

1. BMI


2. Ujian Gengaman Tangan


Tips : Kebiasaannya akan ada 2 percubaan. Strategi cuba kedua tangan kiri dan kanan. Sekiranya anda menggunakan tangan yang sama, selalunya bacaan kedua akan lebih rendah berbanding bacaan percubaan pertama sebab tangan dah letih.


3. Ujian bangun tubi 1 minit



Tips : Set-up untuk ujian bangun tubi adalah macam gambar di bawah. Tipsnya hanya angkat badan separa, asalkan jari kita sentuh 2 garisan yang bertentangan tu dan kaki tak terangkat. Ada sesetengah calon yang bangun sehingga 90 darjah dan ini dah tentu akan membuatkan anda cepat letih dan tak dapat mencapai skor optimum.



 Gambar ehsan Youtube.


4. Ujian duduk dan jangkau



Tips : Pastikan warm-up terlebih dahulu sebelum ujian stretching ini. Anda juga boleh berlatih melakukan senaman-senaman fleksibiliti sebelum mengambil ujian ini.

Contoh set-up ujian duduk dan jangkau. Gambar diambil dari Google Image.


5. Ujian larian ulang alik 20 meter / Bleep test

Tips : 
Sebaiknya, cuba capai skor 3-4 untuk bleep test. Bleep test ni agak meletihkan. Jadi perlu pastikan anda tak habiskan tenaga dalam level 1 dan 2. Simpan tenaga anda untuk level 3 dan 4. Dinasihatkan calon berlatih terlebih dahulu untuk rancang speed dan masa sewaktu ujian sebenar. Anda boleh tonton dan menggunakan audio di Youtube sebagai panduan sewaktu berlatih.

Sekian tips saya kali ini. Hanya calon yang melepasi skor UKJK yang ditetapkan boleh meneruskan aktiiviti-aktivi lain dalam PAC. Jadi, pastikan anda membuat persiapan rapi untuk UKJK.  


No comments: