Sunday, January 14, 2018

Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M / BRIM 2018

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dilakukan secara berperingkat. Berikut adalah jadual pembayaran bagi tahun 2018.


Bagi individu yang layak, sila daftarkan pada kadar segera.  Tempoh pendaftaran BR1M 2018 telah dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018

Permohonan boleh dibuat secara online di https://ebr1m.hasil.gov.my atau mana-mana cawangan LHDNM secara percuma.


Bagi penerima BR1M tahun-tahun sebelum ini, anda perlu memastikan segala maklumat seperti alamat dan maklumat akaun bank dikemaskini sekiranya terdapat sebarang perubahan. 

Penerima BR1M yang tidak membuat sebarang pengemaskinian dalam masa 3 tahun dikehendaki membuat permohonan baru. Sebagai contoh, sekiranya anda penerima BR1M bagi tahun 2014 sehingga 2017 dan tidak mengemaskini sebarang maklumat dalam tempoh tersebut, maka anda perlu membuat permohonan baru untuk BR1M 2018.


Semakan status permohonan BR1M 2018 boleh dibuat melalui pautan dibawah ini

https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k


Sebarang pertanyaan lanjut mengenai BR1M bolehlah dibuat melalu rangkaian berikut.


i.    Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my

ii.  Aplikasi Mobile BR1M 
iii. Menghubungi LHDNM: 1-800-88-2716 atau MoF: 03-8882 4565 / 4566; atau 
iv. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM. 

No comments: