Hari
ni nak cerita tentang pengalaman kat program assesment centre untuk jawatan
Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Untuk makluman semua, bagi tahun 2016 ujian
online PTD ni diadakan dalam bulan Januari 2016 dan PAC pada bulan Februari
2016.
Tips
Exam
Memandangkan
exam ni dibuat secara online, jadi calon boleh la menggunakan khidmat uncle
google untuk mencari jawapan. Tetapi harus diingat jangan terlalu leka google
sampaikan tak sempat jawab kesemua soalan. Kalau boleh, cuba study sebanyak mungkin
topik Pengajian Am tentang Malaysia. Sumber rujukan boleh la guna buku Malaysia
Kita, Pengajian Am STPM atau buku Malaysia yang diterbitkan oleh Jabatan
Penerangan (Boleh dapatkan versi e-book di pautan bawah)
http://www.penerangan.gov.my/index.php/bm/penerbitan/ebook
Tips saya untuk menjawab Bahagian A ini ialah cuba study
sebanyak mungkin tentang dasar, kewarganegaraan, parlimen, fungsi kementerian,
jabatan dan topik-topik lain yang difikirkan relevan. Cuba kurangkan
kebergantungan pada enjin carian sebab nak cari jawapan akan ambil masa yang
agak lama, sekitar 1 minit bagi setiap soalan sedangkan masa yang diperuntukan
untuk menjawab satu soalan adalah kurang daripada itu.
Untuk bahagian B, soalan matematik / daya penyelesaian
masalah. Soalan yang ditanya adalah soalan
matematik level PMR & SPM. Banyak jugak soalan yang agak ‘tricky’.
Pengurusan masa amat penting di sini. Jangan terlalu leka nak selesaikan soalan
susah sampaikan terlepas untuk jawab soalan aras mudah yang mungkin diselitkan
di penghujung soalan.
Ok, itu je tips ringkas yang dapat dikongsi. Semoga
bermanfaat kepada yang sudi membaca. Result exam akan keluar dalam masa sekitar 1 minggu selepas tarikh peperiksaan.
Posting seterusnya akan bercerita tentang
pengalaman assessment centre pula.